Search This Blog

Monday, June 22, 2015

Tikam rakan semasa mabuk



DI rumah inilah seorang lelaki warga Vietnam mati ditikam dalam satu pergaduhan di Taman Sembilang, Seberang Jaya, Seberang Perai malam kelmarin.


SEBERANG PERAI – Pesta arak sekumpulan lelaki dan wanita warga Vietnam di sebuah rumah di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut ditikam dalam kejadian pergaduhan di kediaman itu malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa, Ngu Yen Huu Giap, 25, yang bekerja di sebuah kilang di kawasan Seberang Jaya dipercayai mengalami kecederaan parah pada dada kiri akibat ditikam salah seorang rakannya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
Sebelum pergaduhan itu berlaku, kesemua mereka termasuk mangsa dikatakan sedang berada di bawah pengaruh alkohol.
Sumber berkata, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh rakan serumahnya, namun dia disahkan mati beberapa jam selepas mendapatkan rawatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3dk3kLVLV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment