Search This Blog

Monday, June 22, 2015

Tiga kes jangkitan baharu MERS di Korea Selatan

REUTERS - SEKUMPULAN pelancong memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan MERS ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand semalam.


SEOUL – Korea Selatan melaporkan tiga kes baharu Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) semalam, namun pihak berkuasa masih berwaspada terhadap penyebaran virus berkenaan meskipun jumlahnya semakin berkurangan sejak beberapa hari lalu.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kes baharu wabak itu turut melibatkan dua pekerja perubatan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti MERS seramai 169 orang.
Jumlah kematian bagaimanapun masih kekal sebanyak 25 orang.
Dua mangsa baharu tersebut merupakan doktor yang me­rawat pesakit MERS di Pusat Perubatan Samsung, Seoul yang menjadi pusat kepada penyebaran wabak itu dengan kes jangkitan sebanyak 80 orang.
Seorang lagi mang­sa ialah pekerja kesihatan yang mengambil X-ray pesakit MERS di sebuah hospital di sini.
Seramai 43 orang telah disahkan sembuh daripada jangkitan MERS dan dibenarkan keluar dari hospital, termasuk tujuh orang pada Jumaat dan kelmarin.
Selain itu, jumlah penduduk yang dikuarantinkan di fasiliti kerajaan atau di rumah juga berkurangan kepada 4,035 orang kelmarin berbanding 6,700 orang pada Rabu lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3dk0I2RT5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment