KUALA LUMPUR – Industri hiburan tanah air semalam gempar apabila tiga orang selebriti berdepan mimpi ngeri selepas gambar anak mereka dimasukkan ke dalam sebuah laman web pornografi.
Pelawak Harith Iskander Musa, 48, yang mengetahui kejadian tersebut melalui notifikasi Google Alert malam kelmarin, bertindak membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini pada pukul 10 pagi semalam.
Pelawak yang popular menerusi program Jangan Ketawa itu turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai foto anak lelakinya berusia tiga tahun yang dimasukkan ke dalam sebuah laman web lucah dipercayai berpangkalan di Amerika Syarikat.
“Saya tidak tahu kenapa pengendali laman web tersebut tergamak memaparkan gambar kanak-kanak bersama dengan gambar-gambar lucah. Mungkin gambar anak selebriti mempunyai pengaruh untuk meningkatkan rating pelayar internet mereka,” kata Harith ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3e7YwP8BU
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment