MALANG - INDONESIA. Polis menahan pasangan suami isteri yang menanam pokok ganja di dalam rumah mereka di Malang, Jawa Timur , kelmarin.
Ketua Penyiasat Agensi Anti Dadah, Syamsul Hidayat berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam dan intipan selama tiga hari di rumah pasangan terbabit.
Hasil serbuan, pihaknya menemui sebatang pokok ganja setinggi 90 sentimeter yang ditanam dalam polybag.
"Suspek mengaku mempelajari cara menanam pokok ganja daripada internet," kata Syamsul kepada Tempo.
Beliau berkata, siasatan lanjut membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek yang turut menanam sembilan pokok ganja di Lowokwaru.