Menurut sumber, kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur lewat 50-an dan 60-an itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket menipu dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli tanah di kawasan Gombak.
Tambahnya, mereka ditahan semalam dan SPRM telah mendapatkan perintah reman mulai hari ini untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua lelaki itu dipercayai meminta wang kira-kira RM600,000 daripada tiga pembeli.
“Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Sumber memberitahu, SPRM sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh termasuk mengenal pasti tempoh penglibatan suspek dalam kes berkenaan di bawah Akta SPRM 2009.
“Mereka ditahan hasil maklumat yang diperoleh daripada orang ramai.
“Kita percaya mereka hanya menjadi orang tengah dalam kes ini,” ujarnya.