Ketiga-tiga mereka termasuk seorang anggota wanita ditahan kira-kira pukul 2.30 petang semalam bersama enam wanita warga China. Turut dirampas satu beg galas mengandungi wang tunai.
Ketika kejadian, anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal itu berjumpa dengan dua lagi anggota di lokasi berkenaan.
Selepas menerima wang tunai, anggota polis wanita itu menye­rahkan enam wanita warga asing kepada kedua-dua anggota itu yang kemudiannya memasuki dua buah kereta.
Semasa urusan penyerahan wang dan wanita warga asing berkenaan, pegawai SPRM me­nyerbu.
Hasil serbuan, mereka me­nemukan wang tunai berjumlah RM12,000 dalam beg galas, satu cop pengesahan terima Jabatan Imigresen Negeri Selangor dan satu cop nama Pegawai Jabatan Imigresen Selangor.
Siasatan awal mendapati, anggota wanita tersebut ditugaskan membawa tahanan (enam wanita China) dari Lokap Shah Alam ke Jabatan Imigresen Shah Alam.
Dokumen penyerahan kepada Jabatan Imigresen Shah Alam disediakan oleh pegawai penyiasat tetapi tidak dibawa oleh anggota wanita terbabit.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga anggota polis tersebut,
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.