Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, laporan itu dibuat semalam selepas pegawai SPRM yang dipertanggungjawabkan diarah meninggalkan IPD terbabit.
“Pejabat SPRM Selangor telah menghantar pegawainya ke IPD Sepang susulan aduan tentang berlaku satu serahan wang rasuah di premis itu.
“Sebaik sahaja tiba, pegawai SPRM telah menahan seorang pegawai polis di IPD Sepang dan tindakan itu telah menimbulkan salah faham antara pihak yang terlibat.
“Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM telah diarah meninggalkan premis itu dan satu laporan polis juga telah dibuat kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Ekoran kejadian itu, Rohaizad berkata, pihak pengurusan SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu tersebut.
“Sebagai suruhanjaya pencegahan rasuah, SPRM menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional,” ujarnya.