Guan Beng Kang
Guan Beng Kang
Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 2.45 pagi.
Ketua JSJN negeri, Superintenden Guan Beng Kang berkata, dalam serbuan itu pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun yang masing-ma- sing bekerja sebagai ejen insurans dan buruh kasar kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran pil ekstasi untuk pasaran di negeri ini sejak lima bulan lalu.
“Hasil serbuan, kita telah menemukan 2,650 biji pil ekstasi, serbuk kafein seberat 264 gram, cecair dipercayai dadah seberat 300 mililiter dan serbuk ekstasi seberat 14 gram di dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM123,980.
“Malah siasatan lanjut juga mendapati kedua-dua suspek yang masih bujang itu mendapatkan bekalan ekstasi daripada pembekal dari luar negeri ini dan menyimpannya di dalam rumah terbabit sebelum edaran dilakukan,” kata- nya kepada pemberita di sini kelmarin.
Tambah Beng Kang, melalui serbuan dijalankan pihaknya juga telah menyita sebuah kereta jenis BMW yang dianggarkan bernilai RM120,000.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang ditahan itu positif dadah manakala seorang da- ripadanya mereka mempunyai tiga rekod kesalahan lampau.
“Suspek kini ditahan direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.