Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

Rozana bukan lagi isteri Awie




KUALA LUMPUR – Belum selesai perbicaraan kes penjagaan kekal anak dan dakwaan dipukul di mahkamah, Rozana Misbun semalam mendakwa, dirinya kini bukan lagi isteri kepada vokalis Wings, Awie.
Menurut Rozana, dia telah berjaya mendapatkan fasakh secara taklik daripada pejabat Majlis Agama Islam, Thailand pada 1 November tahun lalu, sekali gus menggugurkan talak antara dia dan bekas suaminya itu.
Rozana, 36, berkata, permohonan fasakh itu berjaya diperoleh selepas pihak Majlis Agama Islam Songkhla, berpuas hati dengan keterangan serta bukti diberikannya ketika tragedi 2 Jun 2014, selepas dibelasah oleh Awie atau nama sebenarnya Mohd. Azhar Othman.
“Saya kini bukan lagi isteri Awie, saya mengeluarkan kenyataan ini kerana tidak mahu dibayangi status sebagai isteri dia (Awie). Permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian kami yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan. Kini, saya mahu fokus terhadap kehidupan saya dan anak-anak.
“Saya sudah tiada masa untuk fikir hal yang remeh-temeh. Jadi, saya berharap isu cerai saya dengan Awie sudah menemui noktah secara aman dan segera,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.
Menurut Rozana, permohonan cerai taklik itu dibuat di pejabat agama Islam sama ketika berkahwin dengan Awie pada 20 Jun 2005.
Dalam pada itu, Rozana turut meminta agar Awie mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah, 8, yang kini tinggal bersama Awie.
“Saya berharap agar pihak Awie dapat bertemu dengan peguam saya bagi menyelesaikan mana-mana perkara yang perlu,” ujarnya yang kini giat mengusahakan perniagaan baju kurung kanak-kanak


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3c2Wt2HRF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment