04 Jun 2015 12:52 AM
ANKARA 3 Jun – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan memfailkan saman terhadap pemimpin pembangkang, Kemal Kilicdaroglu selepas menuduh beliau membina tandas duduk bersalut emas di kediamannya di Ankara.
Portal Mail Online melaporkan, peguam pemimpin nombor satu Turki itu, Muammer Cemaloglu berkata, Erdogan menuntut pampasan 100,000 lira (RM137,098) berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh Kilicdaroglu.
Erdogan semalam menjemput Kilicdaroglu untuk memeriksa kediamannya yang dikenali sebagai Ak Saray atau Istana Putih bernilai AS$620 juta (RM2.28 bilion) dan akan meletak jawatan jika tandas berkenaan ditemukan.
Beliau turut meminta pemimpin pembangkang itu untuk berbuat demikian jika tidak menjumpai tandas terbabit.
Kilicdaroglu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen bagaimanapun menafikan beliau membuat tuduhan tersebut.
Pemimpin pembangkang itu berkata, beliau merujuk tandas duduk berkenaan sebagai kritikan umum berhubung perbelanjaan mewah oleh pegawai-pegawai, sebaliknya Erdogan pula ‘terasa hati’ dengan kenyataan tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/presiden-turki-saman-pemimpin-tuduh-beliau-bina-tandas-emas-1.98902#sthash.cqbomkqA.dpuf
No comments:
Post a Comment