Dubai: Seorang wanita yang mengemis berhampiran sebuah masjid di sini ditangkap selepas dia didapati meninggalkan tempat dia mengemis dengan memandu sebuah kereta mewah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57003#sthash.TRnr9zjg.dpuf
Polis berkata, mereka sebelum itu mengintip tingkah laku wanita berkenaan.
“Sebaik melihat dia selesai mengemis, kami mengekorinya. Dia berjalan ke belakang masjid dan menaiki kereta pacuan empat roda Toyota Land Cruiser, beberapa meter dari tempat dia mengemis, dan memandunya untuk meninggalkan tempat berkenaan,” kata Timbalan Ketua Hal Ehwal Jenayah Khalil Al-Mansouri.
Pihaknya meningkatkan rondaan untuk membanteras kegiatan mengemis menjelang Ramadan yang semakin menjadi-jadi di negara itu walaupun perbuatan meminta sedekah diharamkan.
Khalil juga berkata, polis menahan seorang pengemis warga Asia baru-baru ini yang didapati mempunyai lebih Dh70,000 (RM70,000) bersama-samanya.
“Dia membawa wang berkenaan kerana bimbang dicuri rakan sebiliknya,” kata Khalil.
Kempen yang dilancarkan untuk menahan peminta sedekah di Dubai mendorong pengemis menukar taktik bagi mengelirukan pihak berkuasa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 6:58 AM
No comments:
Post a Comment