Pelancong berusia 20-an yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Tawau itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Keong Ho Eng yang mengesahkan mengenai penahanan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam kenyataan menerusi aplikasi whatsapp berkata, pihaknya akan melakukan sidang akhbar mengenai perkara itu pada hari Khamis ini.
Semalam, seorang lelaki Eropah berusia 38 tahun ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua Kota Kinabalu pada pukul 4.10 petang.
Penahanan suspek berkenaan dilakukan selepas dia tiba dari Tawau sebelum meneruskan perjalanan ke Filipina.