ANGGOTA Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyoal siasat pekerja warga asing yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam serbuan di Port Dickson semalam.
|
PORT DICKSON – Empat pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sebuah premis pusat penyembelihan ayam di sini, awal pagi semalam.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan negeri, Azly Ashazly Abdul Aziz berkata, warga asing yang ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi itu berusia antara 27 hingga 35 tahun.
Menurutnya, pekerja asing yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga India.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3cMijJyPt
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment