Search This Blog

Monday, June 22, 2015

Pasar awam jadi pasar tikus


Sampah sarap yang terbiar di Pasar Pudu, Kuala Lumpur menjadi antara faktor pembiakan tikus.


KUALA LUMPUR – Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit antara lima lokasi pasar awam di ibu negara yang dilabelkan sebagai tempat pembiakan tikus dan dikhuatiri boleh membawa risiko penyakit pembawa maut, leptospirosis atau kencing tikus.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mariappan Chinniah (gambar kecil) berkata, tiga lagi pasar awam terbabit ialah Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.
“Kami jalankan operasi menangkap tikus (di pasar-pasar itu) lima kali seminggu dan sehari kami guna lebih 50 perangkap tikus dan kebiasaannya penuh,” kata beliau di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, dalam tempoh sebulan, pihaknya berjaya menangkap kira-kira 6,000 ekor tikus di kelima-lima pasar itu dengan purata tangkapan sehari di setiap pasar boleh mencecah sehingga 50 ekor tikus.
Jumlah itu katanya, tidak pernah berubah sejak lebih lima tahun lalu.
Malah, Mariappan memberitahu, pasar-pasar itu juga didapati merupakan tempat sarang tikus membiak dengan wujudnya berpuluh-puluh lubang tikus yang aktif dikesan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3dk29vcm3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment