SYDNEY -  AUSTRALIA. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 tidak akan diperluaskan ke luar kawasan carian melainkan jika terdapat petunjuk baharu, menurut pegawai kerajaan Australia, semalam.

"Zon carian tidak akan diperluaskan jika tiada maklumat baharu boleh dipercayai yang boleh membawa kepada pengenalpastian lokasi pesawat tersebut secara spesifik," jelas Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Menurut CNA, pada April lalu, Australia, China dan Australia mengumumkan bahawa pasukan penyelamat akan menggandakan usaha dan memperluaskan operasi tersebut ke kawasan seluas 120,000 kilometer (km) persegi di bahagian selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, lebih 50,000 km persegi kawasan dasar laut telah diterokai sepanjang misi pencarian pesawat tersebut yang sudah memasuki bulan ke-15 selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu.