Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

Misteri enam lelaki berparang



Polis menutup sementara Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr. Ismail bagi memburu enam lelaki misteri semalam.


KUALA LUMPUR – Kemunculan enam lelaki yang berjalan sambil masing-masing membawa parang di kawasan perumahan TTDI Hills, Taman Tun Dr. Ismail dekat sini semalam mencetuskan tanda tanya pihak berkuasa.
Keenam-enam lelaki yang dipercayai warga asing itu mula dikesan berjalan secara berkumpulan di sekitar kawasan perumahan TTDI Hills pada pukul 4.30 pagi.
Namun kelibat mereka yang masing-masing berkulit sawo matang itu terus hilang di kawasan hutan simpan di Taman Rekreasi Lembah Kiara sebaik terserempak dengan tiga anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.
Kawasan hutan simpan terletak di belakang taman perumahan TTDI Hills yang kebanyakannya didiami golongan menengah dan mewah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah (gambar kecil) berkata, susulan maklumat tersebut, polis melancarkan gerakan mengesan kumpulan lelaki yang dikhuatiri dalam rancangan melakukan jenayah.
“Kami bertindak mengepung dan menutup semua pintu keluar dan masuk kawasan taman rekreasi berkenaan.
“Kami juga meminta bantuan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjejak enam lelaki misteri itu selain mengadakan beberapa sekatan jalan di sekitar perumahan tersebut,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3c2X8BFoF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment