Search This Blog

Monday, June 22, 2015

Memandu lori pakai selipar memang salah – Polis

Oleh NOR AZIRAN YUNUS


Memandu lori dengan memakai selipar adalah salah dan boleh disaman. – Gambar hiasan


KUCHING – Kesemua pengendali kenderaan berat termasuk kenderaan perdagangan seperti lori, treler dan bas diwajibkan memakai kasut semasa memandu demi keselamatan diri pemandu itu dan juga pengguna jalan raya lain.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga (gambar kecil) berkata, tindakan kompaun sehingga RM150 boleh dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang gagal berbuat demikian dan waran tangkap akan dikeluarkan jika mereka gagal menjelaskan saman itu dalam tempoh ditetapkan.
“Kes memandu tanpa memakai kasut seperti ini boleh disiasat mengikut Seksyen 15(B) Kaedah Lalulintas Nombor LN 177/1959 yang tertakluk dalam Etika Berpakaian Kemas dan Bersih.
“Kita akan mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan berat yang gagal berbuat demikian sebagai pengajaran bagi mereka supaya menghormati peraturan jalan raya serta keselamatan pengguna lain,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3dk1x7u3g 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment