Krishna menunjukkan gambar Rajesh yang meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden kebakaran asrama di Moscow, Rusia ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
|
KOTA BHARU – Seorang lagi pelajar Malaysia di kampus Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia (RNRMU) yang terlibat dalam insiden kebakaran asrama pada 22 April lalu di Moscow, Rusia meninggal dunia Sabtu lepas setelah 46 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi paru-paru dan jantung.
Mangsa, Rajesh Kumar, 25, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sklifosovskogo pada pukul 12.10 tengah hari waktu tempatan.
Bapa mangsa, Krishna Kumar, 52, ketika ditemui mengakui keluarganya sedih kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu selain menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang tabah sepanjang menerima rawatan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3chxJSoMN
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment