Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

Mat Malaya positif dadah, direman sehingga 9 Jun


04 Jun 2015 12:47 AM

KOTA KINABALU 3 Jun – Suspek utama kes pemilikan senjata api dan cubaan bunuh, Mat Malaya atau Mohd. Jusnaidi Omar, 44, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Jun ini.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif dadah.
“Bagaimanapun, isteri suspek berusia 24 tahun yang turut ditahan bersama Mat Malaya sebelum ini dibebaskan setelah ketera­ngan­nya dirakam pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mat Malaya diberkas pada 10.50 malam kelmarin bersama isterinya di sebuah rumah inap desa, Kundasang, Ranau selepas hampir sebulan menyembunyikan diri.
Suspek dikehendaki selepas me­lakukan cubaan membunuh dengan melepaskan tiga tembakan dengan satu daripadanya mengenai kaki seorang pembantu mekanik berusia 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran pada pukul 2.30 petang pada 6 Mei lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mat-malaya-positif-dadah-direman-sehingga-9-jun-1.98804#sthash.P4hH1GEK.dpuf

No comments:

Post a Comment