Search This Blog

Friday, June 26, 2015

Mahu tunjuk bakat terpotong hidung rakan

Washington: Gara-gara menunjukkan bakat bermain memotong sosej menggunakan pedang di satu majlis keraian, seorang lelaki terpotong hujung hidung rakannya.
Rakaman mengejutkan mengenai kejadian itu jelas menunjukkan aksi dua rakan berkenaan apabila seorang daripadanya yang memakai topi besbol melentokkan badannya ke belakang dengan menggigit sosej.
Rakannya dilihat menghayunkan pedang dan bersedia memotong sosej berkenaan walaupun cara dia memegang senjata itu nampak tidak stabil.
Sebaik menghayunkan pedang, orang ramai menjerit apabila dia gagal memotong sosej itu, sebaliknya memotong hidung rakannya.
Mangsa dilihat menekup mukanya manakala rakannya menutup mulutnya dengan tangan kerana terkejut.
Kejadian dipercayai berlaku di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan latar belakang dalam rakaman itu.
Ia menjadi viral dengan pengguna Internet rata-rata menulis pesanan ‘jangan lakukan ini di rumah.’ - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 11:12 AM


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki menghayunkan pedang untuk memotong sosej pada mulut rakannya. Gambar kiri, pedang itu terkena hidung mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60046#sthash.krWNPJzN.dpuf

No comments:

Post a Comment