Portal berita Mail Online me­laporkan, lebih malang lagi, dia turut disaman seorang pegawai polis lebuh raya kerana kecuaian berikutan tindakannya membawa kereta secara melulu sehingga membahayakan nyawa orang lain.
Anggota polis berkenaan mengejar pemandu tersebut selepas dimaklumkan pengguna jalan raya lain tentang pemanduan berbaha­yanya.
Namun, pegawai itu dikejutkan dengan penemuan ribuan ekor lebah yang berterbangan di dalam kereta lelaki berkenaan sejurus kenderaannya dihentikan.
Pada awalnya, anggota polis tersebut mempercayai lelaki itu menjalankan aktiviti menyeludup lebah secara haram.
Namun hakikatnya, pemandu itu sebenarnya membawa lima jenis sarang lebah yang berbeza-beza di dalam keretanya dan setiap satu mengandungi ribuan lebah.
Pemeriksaan lanjut dengan pe­ngusaha lebah di Amerika Syarikat menjelaskan, tiada sebarang permit istimewa diperlukan untuk membawa serangga berbisa berkenaan.
“Pengusaha lebah memberitahu polis lebuh raya bahawa membawa lebah yang terlepas di dalam ruang kabin kereta adalah tidak selamat,” lapor portal terbabit.