Search This Blog

Sunday, June 7, 2015

Korban gempa meningkat


13 sah terkorban, 6 lagi masih hilang
07 Jun 2015 12:53 AM


Helikopter Bomba dan Penyelamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan membawa enam mayat pendaki dari Gunung Kinabalu, semalam.

Hari kedua operasi mencari dan menyelamat 17 orang mangsa yang dikatakan masih terkandas di Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pagi semalam berakhir dengan berita menyedihkan.
Daripada jumlah tersebut, 11 lagi mayat ditemukan menjadikan 13 mangsa disahkan terkorban manakala enam masih hilang.
Sumber keselamatan memberitahu, kebanyakan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan yang menyedihkan. Gambar-gambar keadaan mereka mula tersebar menerusi media sosial.
Operasi yang bermula seawal pukul 5 pagi itu membabitkan 411 anggota keselamatan pelbagai agensi dan turut dibantu dua helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Bantuan turut membabitkan 65 malim gunung.
Bagaimanapun operasi membawa turun mayat menggunakan helikopter berdepan situasi mencabar dengan keadaan cuaca berkabus.
Namun, usaha itu dapat dilakukan pada pukul 4.28 petang dengan empat mayat dibawa turun menggunakan helikopter TUDM dan kemudian dihantar ke Kota Kinabalu.
Usaha seterusnya menggunakan helikopter JBPM dilakukan pada pukul 5.20 petang iaitu dari Laban Rata ke Kota Kinabalu, membabitkan enam mayat manakala satu lagi mayat dibawa turun melalui laluan darat.
Terdapat tiga lokasi untuk mengangkut mayat iaitu di Sayat-Sayat, Kilometer 6.5 dan di Panar Raban.
Sementara itu, gegaran susulan berlaku pada pukul 1.45 petang sekuat 4.4 pada skala Richter dan gegaran pada pukul 7.57 malam.
Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan esok pagi bagi mengesan enam lagi mangsa yang hilang.
Operasi melalui laluan pendakian juga berdepan kesukaran memandangkan banyak laluan yang rosak akibat runtuhan batu.
Semalam, dua mayat ditemukan iaitu malim gunung, Robi Sapinggi, 30, dari Kampung Kiau, Kota Belud dan seorang murid dari Tanjong Katong Primary School, Singapura, Wee Ying Ping Peony, 12.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/korban-gempa-meningkat-1.99967#sthash.hpn0q9AU.dpuf

No comments:

Post a Comment