Search This Blog

Friday, June 26, 2015

Korban cuaca panas Pakistan cecah 800



REUTERS - ORANG ramai berebut membeli bongkah ais daripada penjual di tepi jalan di Karachi kelmarin ketika gelombang panas melampau melanda Pakistan.


KARACHI – Jumlah kematian akibat gelombang panas melampau di Pakistan meningkat kepada 800 orang semalam, walaupun kewujudan awan dan suhu rendah memberi kelegaan kepada penduduk bandar itu.
Rumah mayat dan penggali kubur pula berdepan dengan masalah lambakan mayat sejak suhu terik mula melanda minggu lepas.
Hospital turut menghadapi krisis penempatan dan pusat rawatan strok haba telah ditubuhkan di sekitar bandar terbesar Pakistan itu bagi merawat ribuan orang awam yang terjejas akibat dehidrasi.
“Jumlah kematian telah meningkat kepada 800 kes berdasarkan data yang dikumpulkan sehingga tengah malam semalam,” ujar Se­tiausaha Kesihatan Wilayah, Saeed Mangnejo kepada AFP dengan memberi amaran lebih banyak kes akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selepas beberapa hari suhu panas mencecah 40 darjah Celsius, bandar pelabuhan itu mula dilin­dungi dengan awan dan tiupan
angin laut sejak dua hari lepas.
Jabatan Meteorologi meramalkan suhu berada sekitar 34 darjah Celsius semalam dengan kewujudan awan sebanyak 75 peratus.
Pertubuhan amal terbesar Pakis­tan, Yayasan Edhi menyatakan, rumah mayat mereka menerima lambakan mayat dan sedang bergelut untuk memastikan dapat disimpan dalam keadaan baik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3e7YJ5uBc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment