JEDDAH - ARAB SAUDI. Mahkamah Tinggi Arab Saudi mengekalkan hukuman 1,000 sebatan dan 10 tahun penjara terhadap blogger, Raif Badawi.

Menurut laporan CNN, kakak blogger, Samar Badawi datang ke mahkamah selepas mendengar rayuan hukuman tersebut ditolak.

Badawi yang dipenjara sejak tahun 2012 didapati bersalah melanggar undang-undang informasi teknologi Arab saudi dan menghina agama Islam melalui laman sesawang beliau, Saudi Arabian Liberals.

Badawi disebat sebanyak 50 kali pada satu-satu masa, berterusan selama 20 minggu.

Hukuman sebatan tersebut dikecam dan dibantah oleh kumpulan hak asasi manusia.

"Menyebat aktivis yang meluahkan pendapatnya di tempat awam memberi mesej buruk," kata Human Rights Watch.

Timbalan Pengarah Amnesty, Said Boumedouha pula menggesa Raif dibebaskan segera.

"Kesihatan Raif teruk dan dia tak mampu jalani hukuman sebat," kata isteri Raif, Ensaf Haidar.

Sementara itu, Amerika Syarikat pula menyarankan supaya Arab Saudi menarik balik hukuman tersebut.