Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

Hilang kediaman dipukul ribut


Kinabatangan: Lebih 300 orang daripada 80 keluarga hilang kediaman selepas perumahan pekerja Ladang Tung Hup di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira 2.20 petang.

Katanya, hujan lebat dan angin kencang juga meranapkan bumbung tapak semaian kelapa sawit dan bangunan kilang di kawasan ladang itu.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa terbabit menumpang di rumah jiran dan ditempatkan di rumah kosong berhampiran untuk sementara waktu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 11:00 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56993#sthash.BpFZv9SQ.dpuf

No comments:

Post a Comment