Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

Hadap keadilan lepas 12 tahun


Beijing: Bekas timbalan datuk bandar Wenzhou, Yang Xiuzhu yang berjaya melarikan diri dari China 12 tahun lalu selepas didakwa menggelapkan 253.2 juta yuan (RM153 juta) kini berdepan kemungkinan diheret balik ke negara asalnya untuk diadili.

Yang ditahan di Belanda pada 2005 namun berjaya melepaskan diri dari tahanan pada Mei 2014. Selepas permohonannya untuk suaka politik ditolak, dia melarikan diri ke Kanada dan seterusnya Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu dia ditahan penguat kuasa imigresen dan kastam ketika cuba memasuki negara itu menggunakan pasport Belanda palsu.

AS kini mempertimbangkan untuk mengusir Yang kerana kesalahan pelanggaran visa.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Luis M Martinez berkata: “Dia kini ditahan sementara menanti diusir ke China kerana melanggar syarat visa.”

Jika Yang - kini dalam senarai 100 orang paling dikehendaki China - dihantar pulang ke republik itu, ia akan membuktikan kerjasama yang lebih erat antara AS serta Beijing dari segi penguatkuasaan perundangan antarabangsa.

Senarai orang paling dikehendaki itu sebahagian daripada ‘Operasi Sky Net’ iaitu usaha terbaru Presiden Xi Jinping menangani rasuah di negara itu.

China antara 38 negara yang tiada perjanjian ekstradisi dengan AS, seterusnya selama ini menghalang Yang dihantar pulang.

Sebanyak 42.4 juta yuan (RM26 juta) diambil Yang dipulangkan kepada kerajaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 7:18 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56793#sthash.TBFPBY3E.dpuf

No comments:

Post a Comment