JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut, manakala empat cedera selepas terkena tembakan rambang di luar sebuah kelab malam Jalan Abd Razak, Susur 4 Larkin, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.
 
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, seorang daripada mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan pelanggan, manakala seorang lagi adalah penjaga kelab malam berkenaan.
 
Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 15 das tembakan dilepaskan dan lebih daripada satu senjata api digunakan dua suspek lelaki yang menunggang motorsikal.