Search This Blog

Monday, June 22, 2015

Dadah dalam payudara

Bogota, Colombia: Seorang wanita ditahan di lapangan terbang di sini kelmarin selepas cuba menyeludup cecair kokain seberat 1.5 kilogram yang disembunyikan dalam implan payudaranya, kata polis semalam.
Jurucakap polis, Diego Rosero berkata, Paola Deyanira Sabillon, 22, ditahan kerana kelihatan mencurigakan dan cemas ketika tiba di lapangan terbang itu.
Katanya, wanita yang berasal dari Honduras berkenaan cuba menaiki satu penerbangan menuju ke Barcelona, Sepanyol.
“Polis membuat pemeriksaan pada badan dan barangan wanita itu, tetapi tidak menjumpai sesuatu yang meragukan.
“Bagaimanapun, selepas membuat imbasan X-ray kami menemui kesan pembedahan baru pada payudara wanita itu.
“Selepas disoal siasat wanita itu mengaku implan dalam payudaranya mengandungi sejenis cecair dan dia mahu membawa cecair itu ke Barcelona,” katanya.
Paola memberitahu pembedahan untuk memasukkan implan mengandungi cecair dadah ke dalam payudaranya itu dibuat di sebuah klinik di Pereira, barat Colombia.
“Wanita itu kini dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada payudaranya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2015 @ 5:09 AM



PAOLA disoal siasat polis ketika ditahan di lapangan terbang Bogota.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59051#sthash.gu7YjF7c.dpuf

No comments:

Post a Comment