Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Bulaimin Hussin sedang tidur di rumah rakannya.
Menurut abang mangsa, Mohamed, 31, dia mengetahui adiknya cedera ditetak selepas dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Ayer Lanas kira-kira 1 pagi.
“Saya bergegas ke rumah JKKP tersebut dan mendapati dia berada dalam keadaan parah dan terus membawanya ke Hospital Jeli bagi mendapatkan rawatan.
“Dalam keadaan menahan sakit, Mohd. Bulaimin menceritakan dia diserang tiga orang kenalannya ketika sedang tidur. Mereka sempat bergelut beberapa minit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Chanal, di sini hari ini.
Mohamed berkata, adiknya itu berjaya lari ke rumah JKKP Ayer Lanas bagi menyelamatkan diri daripada terus ditetak.
“Ekoran kejadian malam tadi, adik saya kini telah pergi ke Pulau Pinang kerana bimbang kejadian sama akan berulang.
“Bagaimanapun, kami sekeluarga masih menimbangkan sama ada mahu melaporkan kejadian itu kepada polis kerana Mohd. Bulaimin sendiri enggan berbuat demikian,” ujarnya.