Search This Blog

Wednesday, June 10, 2015

Budak di dalam beg


Sebulan selepas cuba diseludup dalam bagasi ke Sepanyol
10 Jun 2015 12:22 AM

Adou Ouattara cuba diseludup masuk ke Sepanyol menggunakan beg pakaian pada bulan lepas oleh seorang wanita tidak dikenali. Agensi 


MADRID 9 Jun - Seorang budak berusia lapan tahun dari Ivory Coast yang cuba diseludup ke Sepanyol oleh seorang wanita warga Maghribi dalam sebuah beg pakaian pada bulan lepas, akhirnya dipertemukan semula dengan ibunya.
Menurut laporan Daily Mail, Adou Ouattara ditemui pihak berkuasa ketika mengimbas sebuah beg pakaian pada 7 Mei lalu di Ceuta, sebuah kawasan autonomi Sepanyol di Afrika Utara.
Imejnya dikesan dalam beg pakaian berkenaan ketika beg itu diimbas polis, mengejutkan ramai pihak, sekali gus menunjukkan sejauh mana terdesaknya kumpulan migran untuk masuk ke Eropah.
Ouattara akhirnya dipertemukan dengan ibunya dalam suasana penuh emosi beberapa hari lalu, selepas pihak berkuasa Ceuta menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan hubungan anak-beranak itu.
Sebelum itu, Ouattara telah diberi permit penempatan sementara selama setahun oleh kerajaan Sepanyol sehingga pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian tersebut.
Bapa Ouattara yang mengupah khidmat sebuah agensi untuk menyeludup anaknya itu ke Sepanyol, turut ditahan atas dakwaan sama.
Ouattara mendakwa dia langsung tidak tahu tentang rancangan membawa masuk anaknya dalam beg pakaian kerana beranggapan anaknya akan melalui proses sah menggunakan visa yang sudah diperoleh.
Justeru, peguam yang membela keluarga itu yakin hakim akan menerima penjelasan bapa kanak-kanak itu, sekali gus membebaskannya supaya keluarga itu dapat kembali bersatu.
Lelaki tersebut juga telah diikat jamin oleh keluarganya.
Bapa kanak-kanak itu tinggal secara sah di Canary Island hampir tujuh tahun lalu, sebelum membawa masuk isterinya ke Sepanyol baru-baru ini dan sedang dalam proses membawa dua orang anaknya ke situ itu setelah mendapatkan visa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-di-dalam-beg-1.100930#sthash.twWECk1O.dpuf

No comments:

Post a Comment