LEWISHAM - LONDON. Seorang budak lelaki 13 tahun ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menikam pelajar yang berusia 14 tahun semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Polis menerima laporan daripada Deptford Green School berdekatan New Cross Road di Lewisham, dekat Londan pada 8.40 waktu tempatan dan semasa tiba di sekolah berkenaan, polis mendapati seorang pelajar 14 tahun cedera dengan luka tikaman di pahanya.

Pelajar terbabit kemudiannya di bawa ke sebuah hospital di selatan London dan berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian, seorang budak lelaki 13 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut polis, pihaknya percaya insiden tersebut berlaku di kawasan berdekatan Avonley Road, SE14 dan senjata yang digunakan suspek berjaya ditemui.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Deptford Green School, mangsa yang juga pelajar sekolah berkenaan  tiba di sekolah dengan luka tikaman dan pihak sekolah terus mendapatkan bantuan kecemasan kepada pelajar terbabit.

"Kami percaya sesuatu yang tidak kena berlaku kepada pelajar terbabit dengan pelajar sekolah lain semasa dalam perjalanan ke sekolah.

"Tiada pelajar sekolah ini ditahan berhubung insiden ini", katanya dipetik BBC.