Portal berita Daily Mail melaporkan, pemandu kereta kebal tersebut, seorang lelaki warga Britain berusia 24 tahun, gagal memberhentikan kenderaan yang dipandunya itu lalu melanggar bahagian hadapan kereta berkenaan sehingga remuk.
Gambar dramatik kejadian itu yang didedahkan oleh pihak polis di Lippe, menunjukkan bahagian kiri hadapan kereta terbabit hancur ditindih kereta kebal seberat 62 tan berkenaan.
Polis melaporkan, pemandu kereta itu, seorang gadis berusia 18 tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian berkenaan. 
Jumlah kerugian dianggarkan £8,500 (RM47,802).
Sebuah kereta dipandu seorang gadis, remuk selepas dirempuh kereta kebal di Lippe, Jerman, baru-baru ini.
– AGENSI