Gadis itu mendakwa kejadian itu berlaku setelah dia mendapatkan khidmat teksi berkenaan untuk ke bandar Muadzam Shah petang semalam.
Menurut sumber polis, pihak­nya menerima laporan daripada pelajar berusia lingkungan 20-an itu yang memaklumkan pemandu teksi berbual dan mengganggunya dengan kata-kata lucah semasa berada dalam kenderaan berkenaan.
“Penuntut wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah kira-kira pukul 3.30 petang semalam kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini ke atas dirinya dan rakan-rakan.
“Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan kejadian seum­pama itu berlaku pada minggu lalu yang melibatkan penuntut wanita sebuah universiti tetapi tiada laporan polis dibuat.
Tambah sumber, teksi merupakan pengangkutan utama yang digunakan penuntut universiti di Bandar Muadzam Shah terutama wanita untuk keluar ke bandar.
“Kita difahamkan kesempatan terbabit digunakan pemandu teksi untuk melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap penumpang wanita mereka,” katanya.