Search This Blog

Wednesday, June 10, 2015

47 nelayan asing didakwa pindah ikan tanpa kebenaran

RABU, 10 JUN 2015 @ 3:53 PM

KOTA TINGGI: Seramai 47 anak kapal daripada dua kapal nelayan asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memunggah ikan dari kapal penangkapan ikan asing di perairan perikanan negara ini tanpa kebenaran Jabatan Perikanan di Tanjung Penyusop Sungai Rengit, pada 9 Mei lalu.

 Sembilan tertuduh adalah kapten dan awak-awak bot tunda serta tongkang Asia Link yang menerima ikan daripada kapal FV Perlon yang membawa 38 anak kapal termasuk nakhoda, dalam kejadian pada jam 1.18 petang itu.

 Semua 30 warganegara Indonesia, Senegal (tujuh), Chile (enam), India (dua) dan masing-masing seorang warganegara Singapura serta Bangladesh itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah termasuk menggunakan khidmat seorang penterjemah bahasa Sepanyol dan Perancis.

 Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(2) dan Seksyen 20 Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta bagi nakhoda kapal dan RM100,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Hakim Salawati Djambari memerintahkan semua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan dua penjamin rakyat tempatan, selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 8 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes anak kapal dan kapten bot tunda dan tongkang Asia Link, manakala 2 Julai untuk awak-awak dan anak kapal PV Perlon.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60472

No comments:

Post a Comment