Search This Blog

Monday, June 22, 2015

30 minit cakap merapu

Melaka: Cakap merapu selama 30 minit, itulah gelagat seorang lelaki yang cuba mengelak daripada menjalani ujian alkohol dalam Op Mabuk/Lalu Lintas di Jalan Parameswara, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.24 pagi, polis menahan pemandu berusia 50-an bagi menjalani pemeriksaan selepas mendapati dia dalam keadaan mencurigakan dan menggelabah ketika melalui sekatan jalan raya.
Dia pada mulanya cuba mengelak daripada menjalani ujian itu dan bercakap merepek akhirnya akur dengan arahan pihak berkuasa serta disahkan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.
Lelaki itu panik dan enggan bekerjasama ketika diminta ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk menjalani pemeriksaan lanjut menyebabkan berlaku pergelutan antaranya dengan pegawai polis yang menahannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 6:49 AM


AKSI pemandu mabuk yang bergelut dengan polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59181#sthash.2iIgeWNl.dpuf

No comments:

Post a Comment