Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

3 budak nyaris diculik masih dalam jagaan JKM


04 Jun 2015 12:48 AM

KOTA BHARU 3 Jun – Tiga kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 13 tahun yang nyaris dilarikan oleh seorang lelaki pada 23 Mei lalu kini masih berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketua Polis negeri, Datuk Maz­lan Lazim berkata, tindakan menempatkan mereka bersama JKM dibuat ekoran wujud keadaan yang menunjukkan kanak-kanak itu ter­abai kerana dilanda masalah keluarga.
“Kita telah selesai menjalankan siasatan dan kes ini telah pun diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Sementara itu, kanak-kanak terlibat akan terus berada di Rumah Tunas Harapan, Pengkalan Chepa, di sini sehingga langkah seterusnya diambil Timbalan Pendakwa Raya,” katanya selepas Maj­lis Penyerahan Bantuan Banjir kepada anggota dan pesara polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
Akhbar pada minggu lalu melaporkan, tiga kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 13 tahun nyaris diculik selepas mengikut lelaki yang mengumpan mereka dengan bersiar-siar menaiki kereta.
Lelaki itu berjaya ‘memancing’ kesemua kanak-kanak itu ketika mereka menyaksikan perlawanan bola sepak final Piala FA menerusi skrin besar yang dipasang di bawah Flat Jalan Bayam di sini.
Menurut Mazlan, lelaki berusia 29 tahun yang ditahan berkaitan kes terbabit juga disambung reman sehingga Jumaat ini bagi melengkapkan siasatan.
Mengulas mengenai majlis tersebut, beliau berkata, pihaknya telah selesai menyerahkan sumbangan sebanyak RM493,000 kepada 987 mangsa banjir yang terdiri daripada anggota dan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ne­geri ini.
“Bantuan ini adalah untuk meringankan beban mangsa banjir yang terpaksa menanggung kerugian. Ini adalah tanda keprihatinan pucuk pimpinan PDRM terhadap warganya,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/3-budak-nyaris-diculik-masih-dalam-jagaan-jkm-1.98822#sthash.KbOL76U0.dpuf

No comments:

Post a Comment