Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

11 positif ambil dadah

Port Dickson: Tindakan sekumpulan 15 individu termasuk empat wanita menganjurkan parti liar sambil membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar berakhir apabila ditahan polis yang menyerbu sebuah inap desa di Taman Seaview, Batu 2 di sini, kelmarin.
Ketika diserbu, kumpulan individu berkenaan dalam keadaan separuh sedar selepas dipercayai mengambil minuman keras dan dadah jenis ganja.
Difahamkan, parti liar itu dianjurkan individu dari luar negeri ini bermula jam 4 pagi menyebabkan penduduk berhampiran marah kerana mengganggu tidur mereka.
Seorang penduduk Chan Siew Ling, 50, berkata, dia melihat kumpulan individu terbabit tiba di rumah teres dua tingkat yang dijadikan inap desa itu menaiki beberapa kereta jam 11 malam sebelum serbuan dilakukan.
Katanya, tindakan kumpulan itu menimbulkan suasana bising menyebabkan dia dan jiran hilang sabar lalu menghubungi polis.
“Kumpulan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang, malah langsung tidak mengendahkan teguran penduduk kerana membuat bising, malah memasang lagu dengan kuat akibat dipercayai mabuk selain dilihat membawa tin minuman keras.
“Cucu saya tidak berhenti menangis akibat bunyi bising disebabkan tindakan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha berkata, serbuan dilakukan sembilan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson sebaik menerima aduan penduduk.
Beliau berkata, mereka yang ditahan termasuk kakitangan swasta serta enam penganggur ketika asyik menari tanpa menyedari kehadiran polis.
“Hasil pemeriksaan polis menemui ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 21.80 gram serta beberapa tin minuman keras dan alat pembesar suara.
“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 34 tahun berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur dan direman hingga Jumaat ini. Ujian air kencing mendapati 11 daripada mereka positif ganja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 10:34 AM


ANTARA yang ditahan dalam serbuan di rumah tumpangan di Taman Seaview, Batu 2, Port Dickson.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56871#sthash.Ks541wN6.dpuf

No comments:

Post a Comment