Search This Blog

Monday, June 22, 2015

10 maut ditembak di Mexico

Monterrey (Mexico): Seramai 10 terbunuh selepas beberapa lelaki bersenjata menyerbu sebuah pusat pengedaran bir di sini kelmarin.
Beberapa lelaki bersenjata yang menaiki dua kenderaan bertindak melepaskan tembakan di dalam pusat pengedaran bir berkenaan.
Pendakwa raya negeri, Javier Flores berkata, kemungkinan serangan itu berpunca daripada permusuhan dua kumpulan pengedaran dadah yang bermusuhan.
Katanya, tujuh kilogram dadah jenis ganja ditemui di lokasi kejadian.
“Mayat tujuh orang yang mati di tempat kejadian dijumpai dalam keadaan bogel atau separuh bogel.
“Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.
Menurutnya, kumpulan penyerang kemungkinan sudah mengenal pasti mangsa mereka sebelum melakukan serbuan.
“Kami tidak pasti mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah, tetapi cara mereka diserang menunjukkan mangsa anggota kumpulan jenayah,” jelasnya.
Seorang lagi pendakwa raya berkata, bekas anggota satu kartel dadah menjadikan lokasi itu sebagai pusat pengedaran dadah.
Selain dadah, polis juga menjumpai senapang dan 10 peluru.
Seorang pegawai juga memberitahu, kumpulan penyerang itu melarikan sejumlah wang tunai. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2015 @ 5:12 AM


ANGGOTA tentera berkawal di depan pusat pengedaran bir yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59056#sthash.3IxKhExj.dpuf

No comments:

Post a Comment