KATHMANDU - NEPAL. Tiga gegaran bumi berlaku di Nepal awal Ahad mengejutkan ribuan penduduk Kathmandu yang sudahpun panik.

Gempa itu berpusat di Sindhupalchowk, Dhading dan Gorkha, kesemuanya terletak di sekitar Lembah Kathmandu.

Penduduk keluar rumah kerana khuatirkan lebih banyak kerosakan, namun tiada laporan mengenai kerosakan seterusnya.

Gempa itu berkuran 4.5 dan 4 pada skala Richter, menurut Pusat Seismologi Nasional.

Setakat ini, lebih 600 gegaran dicatatkan dengan 128 daripadanya mempunyai kekuatan 4 pada skala Richter sejak gempa bumi kuat pada 25 April lepas yang mengorbankan lebih 7,000 nyawa. - Bernama