Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Tiga ditahan minta habuan rasuah, seks


Seremban: Tiga lelaki termasuk dua penjawat awam yang dipercayai meminta wang dan seks sebagai habuan untuk melepaskan tahanan dari lokap diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.
Difahamkan, dua penjawat awam terbabit adalah seorang anggota polis berpangkat Inspektor dan seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sumber berkata, ketiga-tiga mereka berusia 21 hingga 31 tahun ditahan berasingan di Mantin, Nilai, dekat sini dan sebuah hotel di sini.
Menurut sumber itu, SPRM Negeri Sembilan menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa diminta menyerahkan wang dan melakukan hubungan seks dengan seorang daripada suspek terbabit.
“Dalam operasi pertama kira-kira jam 5 petang itu, pegawai SPRM menahan dua suspek di Mantin yang disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000 bagi membebaskan tahanan atas kesalahan bergaduh.
“Bertindak atas penahanan itu, SPRM kemudian menahan seorang lagi suspek di lobi sebuah hotel kira-kira jam 10.30 malam hari sama kerana disyaki meminta wang dan seks daripada seorang wanita bagi membebaskan tahanan sama,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan, ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50512#sthash.AsTa4Mc1.dpuf

No comments:

Post a Comment