Search This Blog

Friday, May 29, 2015

Terperangkap Dalam Kebakaran, Dua Lelaki Parah


Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 1:27 PM
Gambar hiasan.

JOHOR BAHARU: Tiga lelaki cedera parah manakala seorang cedera ringan dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Merawan, Taman Majidee, di sini awal pagi Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mohd Shazarul Afidz Mohd Khairuddin berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bilik tingkat atas berukuran 10x12 kaki persegi itu terbakar hampir keseluruhannya dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan api.
Dalam kejadian itu, C. Denaasa, 24, mengalami kelecuran 34 peratus, S. Vinoth, 30, mengalami kelecuran 30 peratus di seluruh kaki dan tangan manakala Shanker, 33, mengalami kelecuran 14 peratus di muka dan tangan.
Rakan mereka N. Thinishkumar, 24, pula cedera ringan.
Mohd Shazarul berkata Denaasa dan Thinishkumar dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala Vinoth dan Shanker dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

No comments:

Post a Comment