Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Tempat tidur pelajar tahfiz musnah

Shah Alam: Tingkat atas bangunan Maahad Tahfiz Khairul Kalam di Jalan Kebun, Seksyen 32, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 7.30 pagi tadi.
Guru Agama, Abul A'la Iskandar, 25, berkata kebakaran itu dapat dikawal dan hanya memusnahkan tempat tidur pelajar tahfiz berkenaan.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian semua 26 pelajar berusia sembilan hingga 16 tahun sedang mengaji di tingkat bawah bangunan berkenaan.
"Saya bersyukur kerana tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku ekoran kebakaran ini walaupun masih terkejut dengan kejadian yang berlaku pantas," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, jurucakap bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata setakat ini pihaknya masih menyiasat punca kebakaran.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 1:13 PM


TEMPAT tidur pelajar yang musnah terbakar. FOTO Shazreen Zamzuri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50625#sthash.Pa9STqvA.dpuf

No comments:

Post a Comment