JIANGXi - CHINA. Seorang anggota polis trafik menjadi bidan menolong seorang wanita melahirkan bayi di dalam kenderaan polis semasa dalam perjalanan ke hospital.

Wanita yang dalam perjalanan ke hospital, terpaksa menahan sakit kerana kereta yang dinaikinya rosak di sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar Hangzhou, Wilayah Yunnan.

Menurut laporan Tencent, pegawai polis trafik,  Xu Chunpeng, Xiao Jiaofeng dan Zhan Guozhen bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari wanita tersebut.

Semasa tiba di tempat kejadian, polis berkenaan mengusung wanita tersebut ke dalam kereta polis untuk dikejarkan ke hospital.

Namun, wanita berkenaan mengadu bahawa dia sudah mahu melahirkan bayi dan tanpa melegahkan masa, Xu Chunpeng menyuruh rakan sekerjanya memandu kereta sementara dia menjadi bidan menyambut kelahiran bayi berkenaan.

Wanita tersebut selamat melahirkan dan ditempatkan di People's Hospital of Jingdezhen.

Tindakan anggota polis itu mendapat pujian oleh pengguna internet.

Sebelum ini, seorang wanita di China turut melahirkan bayi di dalam kereta api dengan bantuan pembantu dan penumpang kereta api, Februari lepas.