Oleh FARIK SALLEH
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ZD6SjcrF
Hakcipta terpelihara
SAWATEE dan Saudah mati tersepit di dalam kereta Perodua Kancil selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi semalam.
|
KOTA TINGGI – Perjalanan tiga orang peneroka Felda Air Tawar 1 untuk mendapatkan rawatan hemodialisis di sebuah klinik di Bandar Penawar berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.
Kemalangan berlaku di Kilometer 46, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran simpang masuk ke Kampung Teluk Sengat dekat sini.
Mangsa yang terbunuh ialah sepasang suami isteri, Satawee Dermawee, 65, dan Jamaliah Ismail, 59, serta jiran mereka, Saudah Yusof, 69.
Ketiga-tiga warga emas itu maut serta-merta selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja yang dipandu seorang anggota polis, Mohd. Adlizan Mohd. Taib, 29, yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa, Satawee dan Saudah yang menghidap penyakit buah pinggang dijadualkan menjalani rawatan rutin hemodialilis tiga kali seminggu iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat di sebuah klinik di Bandar Penawar, kira-kira 25 kilometer dari Felda berkenaan.
Jamaliah yang berada di tempat duduk depan sekadar menemani suaminya memandu ketika kejadian berlaku.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ZD6SjcrF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment