Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Suka-suka tangkap ikan di negara orang

Pelabuhan Klang: Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan enam lelaki warga Indonesia yang menangkap ikan di perairan Kapar, semalam.
Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, mereka yang berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta bekerja sebagai nelayan tanpa kebenaran pihak berkuasa perikanan negara ini.
Menurutnya, lelaki terbabit ditahan 10 malam ketika menangkap ikan di kawasan berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati tiga daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala tiga lagi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Selain kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan mereka ditahan kerana melanggar syarat lesen penangkapan ikan berikutan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa perikanan negara ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 2:39 PM


Warga Indonesia yang ditahan. FOTO Ihsan PPM Pelabuhan Klang
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50145#sthash.j8PawiB4.dpuf

No comments:

Post a Comment