Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

SPRM beku wang RM560 juta



Salah sebuah kilang papan yang disyaki ada kaitan dengan pembalakan haram di Sarawak diserbu SPRM semalam.


KUCHING – Sebanyak 375 akaun milik syarikat dan individu yang ke­semuanya bernilai lebih RM560 juta dibekukan selepas disyaki mempu­nyai kaitan dengan ke­giatan ra­suah pembalakan dan pe­nebangan hutan secara ha­ram di negeri ini.
Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, perintah pembekuan akaun ke atas syarikat-syarikat dan individu-individu terbabit dilakukan selepas SPRM melakukan serbuan ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah.
Menurut beliau, daripada 48 lokasi serbuan, 27 buah melibatkan kilang papan dan pusat longgokan kayu balak manakala bakinya melibatkan premis-premis perniagaan.
Semua lokasi kilang papan, pusat longgokan kayu balak dan premis-premis perniagaan yang diserbu terletak di sekitar Miri, Bintulu, Sibu, Bakun, Kapit dan Kuching.
“Siasatan daripada serbuan di lokasi-lokasi tersebut, SPRM telah membekukan sebanyak 375 akaun milik syarikat dan individu de­ngan nilai wang melibatkan lebih RM560 juta,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3ZxrgqYo8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment