CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh manakala dua lagi kanak-kanak cedera selepas dirempuh seorang pemandu yang disyaki mabuk, Sabtu lepas.

Menurut AP, wanita berumur 40 tahun tersebut sedang berjalan bersama tiga kanak-kanak berkenaan untuk menziarahi ahli keluarga di sebuah kompleks ketika dirempuh.

Kenyataan polis pada Ahad mengatakan pemandu tersebut hilang kawalan di sebuah simpang dan merempuh mangsa yang sedang berjalan di kompleks berkenaan.

Pemandu tersebut, Brian Jones, 35, dari Livermore ditahan selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Pegawai penyiasat memberitahu Jones menikmati arak di sebuah festival beberapa jam sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang lagi suspek pemandu merempuh hingga maut seorang wanita berumur 24 tahun dan mencederakan lapan yang lain di Bay Point.

Martin Bretado-Munoz, 21, ditahan polis kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.