Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Polis Sedang Siasat Pasangan Lakukan Seks Di Balkoni


Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 11:25 PM
Muhammad Azlee Abdullah.

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat insiden membabitkan pasangan tidak dikenali yang dikesan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah unit apartmen di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan insiden tersebut dalam siasatan dan polis masih mengumpul bahan bukti.
Laporan dan video pasangan yang tidak dikenali melakukan hubungan seks pada waktu siang di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South menjadi viral pada Selasa.
Insiden selama 30 minit itu dirakamkan oleh seorang penyewa di apartmen lain yang menghadap balkoni tersebut.
Penyewa tersebut yang mengkritik tindakan biadap pasangan tersebut tidak menyatakan tarikh video dan gambar tersebut diambil.
Ketika dihubungi, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong turut membidas tindakan pasangan tersebut.
Chong menggesa penyewa tersebut supaya memfailkan aduan kepada polis atau pihak pengurusan apartmen itu supaya tindakan boleh diambil terhadap pasangan terbabit.

No comments:

Post a Comment