Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Polis Indonesia rampas ganja 2.1 tan

Jakarta: Polis Indonesia berjaya membongkarkan satu sindiket pengedaran dadah di negara itu dan merampas dadah jenis ganja seberat lebih dua tan.
Ketua bahagian siasatan polis Indonesia, Budi Waseso berkata, dadah itu dirampas dalam beberapa serbuan di sekitar Jakarta.
“Kami berjaya merampas 2.1 tan ganja dan rampasan ini adalah yang terbesar pada tahun ini,” katanya.
Ujarnya, dadah itu dipercayai berasal dari wilayah Aceh dan dibawa masuk ke Jakarta melalui Medan, Palembang, Lampung dan Banten.
“Kami menjejaki aktiviti sindiket ini sebelum membuat satu serbuan di Teluk Gelam di Sumatera Utara pada 10 April lalu dan menahan dua suspek serta merampas sejumlah dadah.
“Hasil soal siasat kami membuat beberapa serbuan dan menahan beberapa suspek lagi bersama dadah,” jelasnya.
Tambahnya, serbuan terakhir dibuat pada 1 Mei lalu apabila pihaknya menemui dadah seberat 1.4 tan yang dibawa di dalam sebuah trak di Jakarta Barat.
“Kami menahan sembilan anggota sindiket ini dan merampas tiga kereta.
“Semua dadah yang dirampas ini bernilai Rp 6.3 bilion (RM1.7 juta) dan boleh dibekalkan kepada 21 juta penagih dadah,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:16 AM


SEORANG anggota polis berkawal berhampiran bungkusan ganja yang disusun di atas padang di ibu pejabat polis di Jakarta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50537#sthash.BeUEsAUt.dpuf

No comments:

Post a Comment