ASTANA - KAZAKHSTAN. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kazakhstan sedang menjalankan siasatan ke atas pihak yang bertanggungjawab menanam pokok ganja di tengah-tengah bandar itu. 
 
Penduduk setempat di Astana City, menyedari perkara itu selepas menghidu bau luar biasa di sepanjang jalan di Auezova Street dan mendapati beribu-ribu pokok ganja ditanam di sepanjang jalan itu. 
 
Majlis bandaraya itu sedang menyiasat samada pokok ganja itu sengaja ditanam di situ atau hanya satu kesilapan yang tidak disedari.
 
Sementara itu, jurucakap kontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam perkhidmatan penanaman bunga di bandar itu, Zelenstroy berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap insiden itu.
 
"Jika itu adalah pokok ganja, kami akan segera membuangnya", katanya dipetik Metro.uk